TAUTAN
Halliday dan Hassan dalam mohd Rashid Md Idris
(2004) mendefinisikan tautan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu
menghubungkan atau satu tautan ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu
atau memperlihatkan tautannya. Tatabahasa Dewan pula menyatakan tautan sebagai
ciri wacana yang membawa keserasian hubungan anatar satu unsur linguistik
dengan unsur linguistic yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan
wacana yang lengkap.
Gutwinsky
dalam henry tarigan menambah maksud tautan sebagai hubungan antara taklimat di
dalam sebuah wacana baik dalam tingkat
gramatikal mahupun dalam tingkat leksikal tertentu. Rumusannya, tautan
bermaksud hubungan antara ayat atau ujaran gramatis serta tingkat leksikal
tertentu.
RUNTUTAN
Runtutan bermaksud koheren. Webster dalam Tarigan
menyatakan koheren adalah hubungan yang cocok dan sesuai atau ketergantungan
antara satu sama lain yang rapi, beranjak dari hubungan-hubungan alamiah
bahagian-bahagian wacana atau argument-argumen suatu rentetan penalaran.
Sanat
Md Nasir dalam Mohd Rashid pula telah mendefinisikan runtutan sebagai susunan
fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Secara
kesimpulannya, runtutan dapat difahami sebagai kaitan sesuatu ujaran secara
logic bagi memberi kefahaman kepada pembaca.
Menurut
F. J Angelo dalam Henry Tarigan, koherensi atau runtutan terbahagi kepada
penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan
bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan, pertentangan, hasil,
contoh, parallel, lokasi dan waktu.
Harimurti
Kridalaksana dalam buku yang sama membahagikan runtutan kepada hubungan sebab
akibat, hubungan alasan akibat, hubungan hasil, hubungan tujuan, hubungan
kesimpulan atau hasil, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan syarat dan hasil,
hubungan perbandingan, hubungan prafrasa, hubungan amplikatif, hubungan aditif
temporal, hubungan aditif nontemperal, hubungan identifikasi, hubungan generic
spesifik dan hubungan ibarat.
TUJUAN
DAN PENERIMAAN
Umumnya, tujuan merupakan salah satu tahap runtutan.
Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting dalam wacana yang
sangat berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan
dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.
Tujuan
sesuatu ujaran diperkatakan adalah ditentukan melalui tujuan penulis atau
pengucapnya. Hal ini penting untuk menimbulkan interaktif yang komunikatif.
Akhirnya, tujuan akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Terdapat beberapa
cara digunakan untuk menentukan tujuan seseorang penceramah atau penulis.
Antaranya, pertama adalah melalui ayat bagi mendapatkan maklumat menerusi ayat
tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Kedua ialah cara untuk menentukan tujuan
dan penerimaan sesuatu teks adalah seperti runtuta dan tautan.
KEADAAN
Sesuatu teks yang mempunyai wacana perlu mempunyai
ciri keadaan. Keadaan merupakan latar bagi sesuatu perkara yang diperkatakan
bagi memudahkan pendengar atau pembaca memahami teks. Latar biasa biasanya
terbahagi kepada tiga iaitu latar masa, latar tempat dan latar keadaan.
Menurut
Nik Hassan Nik Basri, latar merupakan satu keterangan atau gambaran
persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang meliputi perihal tentang
masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya sesuatu peristiwa dalam
karya.
INTERTEKS
Interteks amat bergantung dengan wacana yang lain.
Wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar melalui interteks.
Interteks adalah pengetahuan sedia ada pembaca mahupun mendengar mengenai
perkara perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila
masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui
interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin
disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau
didengar akan membantunya menghasilkan interteks.
Selain
itu, antara teks dengan teks haruslah mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat
atau perenggan, ayat sebelum atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang
akan diperkatakan dalam perenggan yang
berikutnya. Hal inilah yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh
dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku dengan
buku.
No comments:
Post a Comment