Iklan
Produk Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Dan Indonesia: Sebuah Analisis Kritis
Wacana Media
oleh
Putri
Wahyuni daripada Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia dan Badrul Redzuan
Abu Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
Kajian ini memfokus kepada konstruksi sosiobudaya dalam
iklan-iklan produk penjagaan kesihatan khususnya dalam media cetak di Malaysia
dan Indonesia. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat wacana apakah yang
dieksplotasi atau dimanipulasikan dalam iklan produk penjagaan kesihatan oleh
media di kedua-dua negara; dan apakah pula implikasinya terhadap identiti
kebudayaan Malaysia-Indonesia mengingat majoriti penduduk di kedua-dua negara
adalah beragama Islam.
Analisis
Wacana Dalam Perspektif Kajian Bahasa
oleh
Zulkifli
Menurut
pengkaji, kajian bahasa juga berfokus pada ruang lingkup retorika. Keadaan
demikian membuat para peminat dan ahli bahasa sesudahnya merasa sangat perlu
melakukan tinjau ulang dan melakukan pembaharuan berbagai kajian bahasa.
Akhirnya, berkembang kajian bahasa secara lebih pesat yang memunculkan berbagai
cabang linguistik dan mikrolinguistik.
Analisis
Wacana/ Discourse Analysis
oleh
Widyastuti
Purbani
Melalui
kajian ini, pengkaji mengemukakan pendekatan yang dapat digunakan dalam
melakukan kajian terhadap bidang analisis wacana. Slembrouck membukukan sekitar
8 pendekatan analisis wacana termasuk di antaranya filsafat analitis, linguistik,
post-strukturalis, semiotik, cultural studies, teori sosial.
Analisis
Wacana Drama Mana Sikana*
oleh
Sanat Bin Md. Nasir
Kertas ini diusahakan untuk melihat upaya
peranti tautan sebagai salah satu aspek analisis wacana dalam drama yang
dikaji. Peranti yang dipilih ialah penghubung ayat manakala drama yang dikaji
ialah Di Hujung Taming Sari yang
menjadi salah satu drama dalam buku Mana Sikana, Pasir-Pasir Di Pasir Salak (2011).
Hasil analisis dapat dijadikan sebagai penentu ciri genre sesuatu teks di
samping dapat menunjukkan gaya kepengarangan penulis drama, iaitu dalam hal ini
gaya Mana Sikana.
Analisis
Wacana 1
Oleh:
Nuraini
Fatimah, Maria Indratin, Maslikatun,
Herlan Kurniawan
Menurut
pendapat pengkaji, Analisis wacana adalah analisis tentang bahasa yang
digunakan. Prakmatik merupakan pendekatan yang dapat digunakan dalam
menganalisis wacana. Data yang menjadi objek analisis wacana adalah teks
beserta konteksnya. Konteks dan teks bersifat tak terpisahkan karena teks
adalah bahasa yang hidup dalam suatu konteks. Teks berdasarkan bentuknya atau
saluran komunikasi terdiri atas teks lisan dan tulisan. Teks lisan berupa
ujaran, sedangkan teks tertulis berupa kalimat.
Konteks wacana terdiri atas konteks linguistik dan konteks situasi.
No comments:
Post a Comment