Terdapat pelbagai pendapat tokoh yang menyatakan
ciri-ciri wacana. Pertama adalah pendapat daripada Nik Safiah Karim (2008),
dalam Tatabahasa dewan membahagikan wacana kepada dua iaitu runtutan dan
tauatan. Tambah beliau lagi, ciri wacana lain adalah tujuan sesuatu wacana,
penerimaan oleh pendengar dan pembaca, maklumat terkandung, keadaan yang
mewujudkan wacana dan interteks.
Mohd.
Rashid Md Idris (2004) pula telah membahagikan wacana kepada koheren, kohesi,
tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat
tidak berlawanan. Asmah Haji Omar dalam satu artikel pula menyatakan bahawa
ciri wacana adalah satuan bahasa terllengkap, mengatasi ayat atau klausa,
teratur atau tersusun rapi berkesinambungan, kohesi lisan atau tulisan awal dan
akhir yang nyata.
No comments:
Post a Comment