Brown dan Yale dalam Mohd Rashid Md Idris (2004)
melihat struktur maklumat terdiri daripada maklumat lama sahaja. Halliday telah
menyatakan bahawa struktur maklumat termasuk ke dalam fungsi makna komponen
tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Sato
Hirobumi pula mendefinisikan struktur maklumat sebagai satu struktur yang
membina unit maklumat. Struktur maklumat terbahagi kepada dua jenis iaitu
maklumat lama dan maklumat baru.
Maklumat
lama sering ditandai dengan kewujudan teks sebelumnya yang diulang kembali
dalam konteks baru. Selalunya terdapat tujuh petanda yang menunjukkan sesuatu
maklumat adalah maklumat lama. Antaranya seperti kaedah perujukan, kaedah
penggantian, kaedah pengulangan, kaedah pengulangan sebahagian, kaedah
ellipsis, kaedah leksikal dan kaedah prafrasa.
Maklumat
baru pula boleh difahami sebagai maklumat tambahan kepada maklumat lama.
Maklumat baru dibahagikan kepada empat petanda, iaitu maklumat baru tamabahan,
maklumat baru konstratif, maklumat pemberitaan neutral dan maklumat baru fokus.
Sanat
Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai
sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema
terbahagi kepda tema dan rema. Tema boleh difahami sebagai fokus utama
penceritaan. Tema juga dapat difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan
rema adalah predikat yang menerangkan subjek.
No comments:
Post a Comment