Model Sanat Md. Nasir
Menerusi model ini,
Sanat Md. Nasir telah Berjaya mengemukakan konsep struktur tautan dan juga
konsep struktur tema. Konsep tautan ialah pengantara gagasan idea. Gagasan idea
merupakan bagaimana sesuatu idea itu dijalinkan dalam sesebuah cerita untuk
membentuk sesebuah teks. Selain itu, unsur ini juga dapat membicarakan komponen
permukaan teks mahupun dalam lisan atau bukan lisan secara berturutan.
Konsep
tautan ini perlu mempunyai enam ciri agar dapat membentuk sebuah wacana. Antara
ciri tersebut ialah :
i.
Perulangan
ii.
Perulangan sebahagian
iii.
Paralisme
iv.
Parafrasa
v.
Bentuk
vi.
Elipsis
Model Sato Hirobumi ( Rahmat Abdullah )
Sato Hirobumi ialah
seorang ahli bahasa yang mengkaji tentang bidang wacana. Beliau sangat giat
mengkaji bidang ini dan telah menghasilkan sebuah tesis Ph.D yang bertajuk
“Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”.
Dalam tesis ini, beliau amat menitikberat tentang hubungan antara susunan ayat
yang logikal atau runtutan dan juga susunan maklumat.
Menurut Mohd Rashid ( 2004 ), runtutan
merupakan pengantara gagasan idea. Menurut beliau lagi, runtutan dapat dilihat
dalam empat peringkat, iaitu
i.
Tahap tujuan,
ii.
Tahap penerimaan
iii.
Tahap maklumat
iv.
Tahap keadaan.
No comments:
Post a Comment