Wednesday 11 May 2016

JENIS - JENIS WACANA


WACANA LISAN


     Wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.


WACANA TULISAN

Wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.



Rujukan:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

CIRI - CIRI WACANA

Ciri-ciri wacana dapat dikategorikan kepada beberapa komponen. Pertama, wacana mempunyai koheren, iaitu pertautan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, satu perenggan dengan satu perenggan yang lain dan satu idea dengan satu idea yang lain. Hal ini bermaksud bahawa dalam sesebuah penulisan, idea-idea yang dikemukakan saling berkaitan antara satu sama lain.
Komponen yang kedua ialah kohesi. Kohesi merupakan kesepaduan dalam penulisan. Dalam proses penulisan, keutuhan dan ketepatan wacana harusalah jelas dengan konteks penulisan. Sebagai contoh, penulisan akhbar atau berita harus menggunakan wacana yang bersesuaian dengan konteks berita.
Seterusnya adalah tujuan dalam penggunaan wacana. Jika hendak menggunakan wacana, seseorang penulis harus mempunyai tujuan untuk menentukan jenis wacana yang hendak digunakan.
Komponen yang keempat ialah maklumat. Dalam setiap ayat harus mempunyai maklumat yang baharu dan berpautan antara satu sama lain. Sesebuah wacana harus diterima oleh khalayak. Hal ini bermaksud bahawa penerimaan pembaca dan pendengar adalah tinggi dan mudah difahami apabila penggunaan wacana bersesuai dan mempunyai tujuan yang sama.

Ciri wacana yang seterusnya ialah andaian dan inferens. Inferens akan memberikan maklumat baharu kepada andaian yang akan dinyatakan dalam ayat seterusnya. Gaya juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri wacana. Gaya merujuk kepada gaya bahasa, sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bersahaja atau tidak bersahaja. Gaya akan mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat dan penggunaan tatabahasa. 

PEMBAHAGIAN CIRI-CIRI WACANA

Terdapat pelbagai pendapat tokoh yang menyatakan ciri-ciri wacana. Pertama adalah pendapat daripada Nik Safiah Karim (2008), dalam Tatabahasa dewan membahagikan wacana kepada dua iaitu runtutan dan tauatan. Tambah beliau lagi, ciri wacana lain adalah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar dan pembaca, maklumat terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks.

            Mohd. Rashid Md Idris (2004) pula telah membahagikan wacana kepada koheren, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat tidak berlawanan. Asmah Haji Omar dalam satu artikel pula menyatakan bahawa ciri wacana adalah satuan bahasa terllengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi berkesinambungan, kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata. 

TUJUH TAHAP KONTEKSTUALAN

TAUTAN
Halliday dan Hassan dalam mohd Rashid Md Idris (2004) mendefinisikan tautan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan atau satu tautan ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu atau memperlihatkan tautannya. Tatabahasa Dewan pula menyatakan tautan sebagai ciri wacana yang membawa keserasian hubungan anatar satu unsur linguistik dengan unsur linguistic yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap.
            Gutwinsky dalam henry tarigan menambah maksud tautan sebagai hubungan antara taklimat di dalam  sebuah wacana baik dalam tingkat gramatikal mahupun dalam tingkat leksikal tertentu. Rumusannya, tautan bermaksud hubungan antara ayat atau ujaran gramatis serta tingkat leksikal tertentu.

RUNTUTAN
Runtutan bermaksud koheren. Webster dalam Tarigan menyatakan koheren adalah hubungan yang cocok dan sesuai atau ketergantungan antara satu sama lain yang rapi, beranjak dari hubungan-hubungan alamiah bahagian-bahagian wacana atau argument-argumen suatu rentetan penalaran.

            Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid pula telah mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Secara kesimpulannya, runtutan dapat difahami sebagai kaitan sesuatu ujaran secara logic bagi memberi kefahaman kepada pembaca.
            Menurut F. J Angelo dalam Henry Tarigan, koherensi atau runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan, pertentangan, hasil, contoh, parallel, lokasi dan waktu.
            Harimurti Kridalaksana dalam buku yang sama membahagikan runtutan kepada hubungan sebab akibat, hubungan alasan akibat, hubungan hasil, hubungan tujuan, hubungan kesimpulan atau hasil, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan syarat dan hasil, hubungan perbandingan, hubungan prafrasa, hubungan amplikatif, hubungan aditif temporal, hubungan aditif nontemperal, hubungan identifikasi, hubungan generic spesifik dan hubungan ibarat.

TUJUAN DAN PENERIMAAN
Umumnya, tujuan merupakan salah satu tahap runtutan. Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting dalam wacana yang sangat berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.
            Tujuan sesuatu ujaran diperkatakan adalah ditentukan melalui tujuan penulis atau pengucapnya. Hal ini penting untuk menimbulkan interaktif yang komunikatif. Akhirnya, tujuan akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Terdapat beberapa cara digunakan untuk menentukan tujuan seseorang penceramah atau penulis. Antaranya, pertama adalah melalui ayat bagi mendapatkan maklumat menerusi ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Kedua ialah cara untuk menentukan tujuan dan penerimaan sesuatu teks adalah seperti runtuta dan tautan.

KEADAAN
Sesuatu teks yang mempunyai wacana perlu mempunyai ciri keadaan. Keadaan merupakan latar bagi sesuatu perkara yang diperkatakan bagi memudahkan pendengar atau pembaca memahami teks. Latar biasa biasanya terbahagi kepada tiga iaitu latar masa, latar tempat dan latar keadaan.
            Menurut Nik Hassan Nik Basri, latar merupakan satu keterangan atau gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang meliputi perihal tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.

INTERTEKS
Interteks amat bergantung dengan wacana yang lain. Wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar melalui interteks. Interteks adalah pengetahuan sedia ada pembaca mahupun mendengar mengenai perkara perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan interteks.

            Selain itu, antara teks dengan teks haruslah mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat atau perenggan, ayat sebelum atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang akan diperkatakan  dalam perenggan yang berikutnya. Hal inilah yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku dengan buku.

STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA

Brown dan Yale dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) melihat struktur maklumat terdiri daripada maklumat lama sahaja. Halliday telah menyatakan bahawa struktur maklumat termasuk ke dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Sato Hirobumi pula mendefinisikan struktur maklumat sebagai satu struktur yang membina unit maklumat. Struktur maklumat terbahagi kepada dua jenis iaitu maklumat lama dan maklumat baru.
            Maklumat lama sering ditandai dengan kewujudan teks sebelumnya yang diulang kembali dalam konteks baru. Selalunya terdapat tujuh petanda yang menunjukkan sesuatu maklumat adalah maklumat lama. Antaranya seperti kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengulangan, kaedah pengulangan sebahagian, kaedah ellipsis, kaedah leksikal dan kaedah prafrasa.
            Maklumat baru pula boleh difahami sebagai maklumat tambahan kepada maklumat lama. Maklumat baru dibahagikan kepada empat petanda, iaitu maklumat baru tamabahan, maklumat baru konstratif, maklumat pemberitaan neutral dan maklumat baru fokus.

            Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema terbahagi kepda tema dan rema. Tema boleh difahami sebagai fokus utama penceritaan. Tema juga dapat difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan rema adalah predikat yang menerangkan subjek.

TATABAHASA WACANA

Tatabahasa wacana ialah sebuah kajian yang memfokuskan kepada pemerhatian analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan bahawa ayat merupakan sebuah satuan yang besar dalam bahasa atau satuan yang terbesar yang digunakan untuk deskripsi tatabahasa.  Menurut Mohd Rahid (2004), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik. Selain itu, Sanat Md  Nasir turut mengemukakan pendapat bahawa tatabahasa wacana ini ialah satu bentuk persoalan keteraturan fikiran dalam wacana yang dipanggil sebagai runtutan.


Selain itu, Asmah (1987 ) ada menyatakan bahawa wacana boleh ditandai dengan perkaitan kebahasaan pada bentuk lahirnya, iaitu tetenunan. Selain itu, Sanat Md Nasir juga menggunakan istilah tautan untuk menjelaskan tentang persoalan yang sama. Jika dilihat pada umum, tautan ialah satu konsep semantik yang merujuk kepada hubungan kebahasaan antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam sesuatu teks. Walau bagaimana pun, Wert ( 1984 ) dalam buku Mohd Rashid, menyatakan bahawa tautan pada kebiasaannya dianggap sebagai satu proses sintaksis yang menghubungkan ayat – ayat dalam sesuatu teks.

KAJIAN - KAJIAN LEPAS TENTANG ANALISIS WACANA

Iklan Produk Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Dan Indonesia: Sebuah Analisis Kritis Wacana Media

oleh

Putri Wahyuni daripada Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia dan Badrul Redzuan Abu Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
 Kajian ini memfokus kepada konstruksi sosiobudaya dalam iklan-iklan produk penjagaan kesihatan khususnya dalam media cetak di Malaysia dan Indonesia. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat wacana apakah yang dieksplotasi atau dimanipulasikan dalam iklan produk penjagaan kesihatan oleh media di kedua-dua negara; dan apakah pula implikasinya terhadap identiti kebudayaan Malaysia-Indonesia mengingat majoriti penduduk di kedua-dua negara adalah beragama Islam.


Analisis Wacana Dalam Perspektif Kajian Bahasa

oleh

Zulkifli

Menurut pengkaji, kajian bahasa juga berfokus pada ruang lingkup retorika. Keadaan demikian membuat para peminat dan ahli bahasa sesudahnya merasa sangat perlu melakukan tinjau ulang dan melakukan pembaharuan berbagai kajian bahasa. Akhirnya, berkembang kajian bahasa secara lebih pesat yang memunculkan berbagai cabang linguistik dan mikrolinguistik.


Analisis Wacana/ Discourse Analysis

oleh

Widyastuti Purbani

Melalui kajian ini, pengkaji mengemukakan pendekatan yang dapat digunakan dalam melakukan kajian terhadap bidang analisis wacana. Slembrouck membukukan sekitar 8 pendekatan analisis wacana termasuk di antaranya filsafat analitis, linguistik, post-strukturalis, semiotik, cultural studies, teori sosial.

Analisis Wacana  Drama Mana Sikana*

oleh

Sanat Bin Md. Nasir

Kertas ini diusahakan untuk melihat upaya peranti tautan sebagai salah satu aspek analisis wacana dalam drama yang dikaji. Peranti yang dipilih ialah penghubung ayat manakala drama yang dikaji ialah Di Hujung Taming Sari yang menjadi salah satu drama dalam buku Mana Sikana,  Pasir-Pasir Di Pasir Salak (2011). Hasil analisis dapat dijadikan sebagai penentu ciri genre sesuatu teks di samping dapat menunjukkan gaya kepengarangan penulis drama, iaitu dalam hal ini gaya Mana Sikana.



Analisis Wacana 1

Oleh:

Nuraini Fatimah, Maria Indratin,  Maslikatun, Herlan Kurniawan

Menurut pendapat pengkaji, Analisis wacana adalah analisis tentang bahasa yang digunakan. Prakmatik merupakan pendekatan yang dapat digunakan dalam menganalisis wacana. Data yang menjadi objek analisis wacana adalah teks beserta konteksnya. Konteks dan teks bersifat tak terpisahkan karena teks adalah bahasa yang hidup dalam suatu konteks. Teks berdasarkan bentuknya atau saluran komunikasi terdiri atas teks lisan dan tulisan. Teks lisan berupa ujaran, sedangkan teks tertulis berupa kalimat.  Konteks wacana terdiri atas konteks linguistik dan konteks situasi.



Monday 9 May 2016

ISU - ISU WACANA



Analisis wacana adalah suatu pengkajian terhadap unsur-unsur yang membuat suatu wacana koheren (Cook, 1994:6). Fokus kajian analisis wacana, menurut Crystal (1985) adalah struktur, yang secara alamiah ada pada bahasa lisan, misalnya: percakapan, wawancara, dan ucapan-ucapan tertentu. Pengertian analisis wacana di atas, masih dalam kategori pengertian dasar, karana pengertian tersebut terus berkembang.

 Ada tiga kelompok analisis wacana, iaitu aliran :
 (a)positivisme-empiris,
 (b)konstruktivisme, dan
 (c) pandangan kritis.

            Menurut kefahaman positivisme-empiris, pengkajian analisis wanaca difokuskan pada keteraturannya, iaitu kegramatikalan kalimat dan kepaduan wacana. Karana menurut faham ini bahasa (wacana) adalah jambatan penghubung antara manusia dengan objek dunia luar, sehingga bahasa (wacana) perlu dibuat dengan baik. Analisis wacana tradisi positivisme ini mempelajari aturan-aturan yang harus dipenuhi oleh wacana agar suatu wacana baik. Dalam pandangan ini, paradigma subjek—objek komunikasi dipisahkan.  Analisis wacana model ini masih banyak dipengaruhi oleh pola aliran transasisional, dalam memandang bahasa.
            kefahaman konstruktivisme dalam mengkaji wacana, berbeza dengan faham positisme-empirik. Dalam menelaah wacana, subjek—objek komunikasi tidak dapat dipisahkan. Pola pikir ini banyak dipengaruhi pemikiran fenomenologi. Dalam khazanah ilmu bahasa kelompok ini dikenali  aliran interaksional (Wahab, 1998:69). kefahaman ini melihat subjek komunikasi dan hubungan sosialnya  sebagai aspek tunggal. Subjek komunikasi dipandang sebagai pelaku yang mampu mengawal wacana dengan  maksud-maksud tertentu. Setiap pernyataan adalah tindakan penciptaan makna, pengungkapan diri, dan pembentukan jati diri pembaca. Oleh sebab itu, analisis wacana model ini dimaksudkan sebagai analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu yang tersembunyi.
Kefahaman kritis (pandangan kritis) dalam menganalisis wacana mempertimbangkan faktor kekuasaan, karana faktor ini berperanan dalam membentuk jenis subjek (pelaku) dan perilaku yang mengikutinya.  Dalam proses produksi dan reproduksi wacana, subjek sangat berperanan. Oleh sebab itu, wacana yang dihasilkan perlu diteliti dengan kritis (dikritisi). Analisis wacana model ini berfokus pada kekuatan subjek dalam memproduksi wacana. Subjek dalam analisis faham kritis dianggap sebagai individu yang tidak neutral, sehingga bahasanya pun juga tidak neutral. Tujuan analisis wacana jenis ini adalah melihat secara kritis tentang: peranan subjek tertentu, tema, perspektif yang dipakai, dan tindakan tertentu yang sedang dilakukan terhadap masyarakat. Karana perspektifnya yang selalu kritis, maka analisis wacana jenis ketiga ini disebut analisis wacana kritis.
Analisis wacana dalam mengkaji bahasa mempunyai sikap yang berbeza dengan linguistik kalimat.
Data bahasa dalam analisis wacana berciri :
 (a) bahawa bahagian-bahagian bahasa itu membentuk satu kesatuan (saling berkait),
(b) mengutamakan pencapaian makna,
(c) bahasa hadir  dalam konteks tertentu, dan
 (d) data berasal dari hasil observasi (tidak dibuat-buat).

Sebaliknya, data bahasa dalam linguistik kalimat, mempunyai ciri :

(a) kalimat-kalimat lepas,
(b) tersusun berdasarkan tatabahasa yang benar,
(c) tanpa konteks, dan
(d) hasil pemikiran yang cenderung artifisial(Cook, 1994:12 )

MODEL DALAM TATABAHASA WACANA


       Model Sanat Md. Nasir

Menerusi model ini, Sanat Md. Nasir telah Berjaya mengemukakan konsep struktur tautan dan juga konsep struktur tema. Konsep tautan ialah pengantara gagasan idea. Gagasan idea merupakan bagaimana sesuatu idea itu dijalinkan dalam sesebuah cerita untuk membentuk sesebuah teks. Selain itu, unsur ini juga dapat membicarakan komponen permukaan teks mahupun dalam lisan atau bukan lisan secara berturutan.
Konsep tautan ini perlu mempunyai enam ciri agar dapat membentuk sebuah wacana. Antara ciri tersebut ialah :
i.                    Perulangan
ii.                  Perulangan sebahagian
iii.                Paralisme
iv.                Parafrasa
v.                  Bentuk
vi.                Elipsis



          Model Sato Hirobumi ( Rahmat Abdullah )

Sato Hirobumi ialah seorang ahli bahasa yang mengkaji tentang bidang wacana. Beliau sangat giat mengkaji bidang ini dan telah menghasilkan sebuah tesis Ph.D yang bertajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Dalam tesis ini, beliau amat menitikberat tentang hubungan antara susunan ayat yang logikal atau runtutan dan juga susunan maklumat.

 Menurut Mohd Rashid ( 2004 ), runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Menurut beliau lagi, runtutan dapat dilihat dalam empat peringkat, iaitu
i.                     Tahap tujuan,
ii.                   Tahap penerimaan
iii.                 Tahap maklumat
iv.                Tahap keadaan.  

TEORI DALAM TATABAHASA WACANA

            Teori Atqakum

Teori Atqakum merupakan satu teori yang menggabungkan keadaan deskripsi dengan eksplonatori dengan keadaan ‘atqakum’. Menurut Mohd Rashid ( 2004 ) teori ini mampu menghuraikan kekusutan yang sering dihadapi oleh ahli – ahli bahasa sama ada tokoh di Barat mahupun tokoh di  rantau ini, walaupun tentang perkara yang asas berhubung dengan teori linguistik. Teori Atqakum ini satu teori yang membawa makna yang khusus, iaitu teori ini merujuk kepada makna bertakwa. Selain itu juga, teori ini amat menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, seseorang penutur bahasa yang memaksimumkan lagi fungsi utama bahasa tersebut untuk proses berkomunikasi dan fungsi utama bahasa itu juga perlu dilihat dalam kerangka ibadah .
     


      Kesimpulannya, teori Atqakum ini merujuk kepada segala penulisan yang dibuat harus mempunyai matlamat untuk bertakwa dan mengajar manusia ke arah kebaikan. Teori ini juga mampu mengungkap segala persoalan berkaitan dengan kebahasaan dan selari dengan tatabahasa wacana plus. Hal ini demikian kerana bahasa tidak dilihat secara terpisah dari agama dan bahasa perlu dijadikan sebagai alat untuk beribadah

Sunday 8 May 2016

PENGENALAN

Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi. Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Terdapat dua pendapat yang telah diusulkan tentang asal usul perkataan “wacana”. Pendapat pertama mengatakan bahawa perkataan “wacana” ini berasal daripada kosa kata Bahasa Arab, iaitu “wocono”. Perkataan “wocono” ini pula dikatakan berasal daripada perkataan “woco” yang membawa maksud “baca”. Selain itu, pendapat yang kedua mengatakan bahawa perkataan wacana yang terdapat dalam bahasa Inggeris iaitu “discourse” sebenarnya berasal daripada bahasa Latin, iaitu daripada perkataan “discursus” yang membawa maksud “larian ke dan lari”. Setelah usul tentang asal usul perkataan “wacana” ini mendapat kata sepakat para pengkaji – pengkaji bahasa, akhirnya bidang wacana ini telah dianalisis dan dikaji dengan lebih mendalam.
            Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat. Menurut Henry Tarigan (1987) dalam buku Tatabahasa Wacana yang dipetik dari buku Monograf Bahasa Melayu, wacana ditakrifkan sebagai unit atau saluran linguistik yang tertinggi, terlengkap, terbesar dari segi skalanya, supra ayat, tersusun rapi dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan juga bertulis. Di samping itu, wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku.


            Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemnukan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana,surat, novel dan cerpen. Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.